Pages

Tuesday, December 11, 2012

Pembantu dapur terbaru

KitchenAid Artisan Stand Mixer

Arinie nak ngomel sikit tentang KITCHENAID Artisan Stand Mixer. Sape yang tak kenal lagi, jom berkenalan. Kepada pecinta masakan dan kepada yang mempunyai hobi memasak, rasanya sangat kenal dengan Mixer canggih nie. Kalu memang tukang masak, lagi la tak perlu diperkenalkan gatget ni, confirm boleh share yang lebih bagus..



Ciri-ciri :
- Full metal construction: robust, stable and durable
- Direct drive: silent, reliable and long lasting
- Smooth rounded design for easy cleaning and usage
- Single attachment hub: ease of use and versatility
- Capacity: 4.8L
- to prepare small to large quantities of food
- Bowl with ergonomic handle for a better grip and easy handling
- Unique mixing action for quick, complete mixing

3 jenis pemukul:
- Flat beater
- Dough hook
- Wire whip

Dapat juga penyekat bowl untuk senang masukkan bahan-bahan kering seperti tepung dan gula. Jadi tak bersepah dan melambung keluar.

Saya start jatuh cinta dekat KitchenAid Stand Mixer ni pun bila selalu tengok cerita-cerita yang relate dengan masakan ni especially Martha Stewart dengan Nigella, juga rancangan CHEF AT HOME. Geram aje setiap kali pandang dorang masak sambil 'on' kan mixer ni. Macam semudah A, B, C gitu. Campak situ, campak sini, tetiba aik... dah siap dah. Takyah nak kena uli ke gentel-gentel tepung tu sampai lenguh-lenguh tangan. Takpun sampai berterabur tepung-tepung tu ke sekalian alam *duhhh~* Dahlah penat memasak, nak kena cuci dapur lagik. Manalah orang jadi give-up nak memasak. Betul tak?
So, setelah hampir dua tahun memendam perasaan dan membuat survey. Alhamdulilah, rezeki saya tahun ni bila dapat beli jugak KitchenAid Artisan Stand Mixer ni. Rasa nak lompat-lompat je. Kembang-kempis akhirnya dapat memiliki produk yang berjenama dan berkualiti. Walaupun diakui harganya memang quite expensive a.k.a boleh kopak gaji berbulan-bulan tapi kepuasan bila dah test pakai mixer ni memang buat korang takkan toleh ke belakang lagiklah. Cubalah apa resepi pun berkaitan kek ke, pizza ke, pai ke, senang gila. Saya yang bukanlah terror mana memasak ni, boleh jadi kagum sebab first time buat je dah menjadi. Bangga tau bila husband order lagik mintak masakkan macam-macam resepi baru *eceh-ceh*.
 
Berat badan mixer ni memang mantap dan berat yang jadikan segala bahan-bahan yang kita campak dekat dalam mixer ni, sebati bila bergaul bersama. Ditambah pulak dengan speed lever dia yang korang boleh selamba je tolak ke depan ke belakang. So, tak jadi masalah bila nak control kelajuan dia sesuka hati.
 
Jom layan gambar posing anak-anak dengan KITCHENAID. Mutu gambar tak berapa cantik, amik dengan hanphone jek..


Fatin jenguk ke dalam bowl. Di atas bowl ada pengadang untuk memudahkan kerja memasukkan tepung ke dalam bowl.

Lupa lak, saya beli nie dengan harga PROMOSI! Memang berbaloi-baloi.
Bulan MARCH 2013 sahaja, PERCUMA mixing bowl (kecik sikit dari yang asal) + buku resepi dengan 150 resepi antarabangsa di dalamnya + diskaun RM360 (banyak ooo..)
 
Kalu ada yang berminat untuk tau detail atau nak tengok set lebih dekat, atau apa-apa ajela..
Bleh contact saya 013-957 9576 (LINDA) dan saya akan panjangkan kepada pengedar yang menjual set nie. Sharing is caring.
 
Bersama-sama berkongsi maklumat yang bermanfaat, kalu bukan untuk kita, mungkin untuk kengkawan kita yang sedang mencari.. Tadaaa..

No comments:

Post a Comment