Pages

Sunday, December 23, 2012

Kelas di akhir tahun

Tempat: Sungai Jelok, Kajang.
Tarikh: Jumaat, 21 December 2012.


Dalam banyak-banyak kelas sebelum nie, saya pilih kelas di Taman Sungai Jelok.
Apa yang menarik dalam kelas kali nie, semua peserta diberi apron yang cantik oleh tuan rumah. Risau kotor baju.. hehe.. Terima kasih kepada tuan rumah yang berbesar hati menaja tempat untuk perkongsian ilmu masakan pada hari tersebut.

Tuesday, December 11, 2012

Pembantu dapur terbaru

KitchenAid Artisan Stand Mixer

Arinie nak ngomel sikit tentang KITCHENAID Artisan Stand Mixer. Sape yang tak kenal lagi, jom berkenalan. Kepada pecinta masakan dan kepada yang mempunyai hobi memasak, rasanya sangat kenal dengan Mixer canggih nie. Kalu memang tukang masak, lagi la tak perlu diperkenalkan gatget ni, confirm boleh share yang lebih bagus..

Thursday, November 29, 2012

Silang Pangkah Pengalaman

Bergambar dulu.. say mmmm!
Alhamdulillah, dari pertemuan singkat dengan Puan Rozana Othman, tuan punya blog http://www.homecafekitchen.blogspot.com/ dibengkel roti 20hb November 2012, berpanjangan kepada temujanji untuk berkongsi ilmu meroti di kediaman beliau.

Monday, November 26, 2012

Snap shoot kelas roti 24 November

Susun jangan rapat-rapat.. Simpan ruang untuk doh kembang 3x ganda..
Baru lepas kelas roti di Hari Sabtu. FULL HOUSE sampai ada yang takde tempat duduk. Nampaknya kena tambah lebih banyak kerusi..


Tuesday, November 20, 2012

Hari Selasa yang penuh debaran

Posing dulu..
Fuhhh.. selesai sessi bengkel roti di hari bekerja. Biasanya bengkel hanya pada cuti
Sabtu dan ahad. Sambutan sangat menggalakkan. Semua peserta pra-pendaftaran dapat menghadirkan diri.. Kenapa Selasa kali ni penuh debaran??

Thursday, November 8, 2012

Riang Bakery

Blog ini dibangunkan khas untuk penggemar roti, bun, pizza dan
menu-menu lain yang berkaitan dengan YIS. Dan menu-menu tambahan
yang besh sebagai kemahiran extra.

Menu ASAS untuk setiap bengkel roti: Roti buku wholemeal, bun kacang merah, bun sosej, pizza.
2 Menu Tambahan, antaranya Red Velvet siap topping, Nasi Arab + Sambal nasi arab,
nasi minyak, kari ayam dll.
Menu tambahan bergantung penganjur, disediakan sementara menunggu doh bun mengembang 2 kali ganda sebelum dibakar.



 

Sila hubungi LINDA 013-957 9576 untuk maklumat lengkap bengkel roti.

JOM tambah kemahiran dalam masakan, sambil mengumpul kawan-kawan baru.. enjoy!

Tuesday, October 2, 2012

Roti buku putih















Inilah roti pertama yang saya belajar, Roti buku putih

Bahan-bahannya:
220ml air
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar gula pasir
3 sudu besar susu tepung (susu anak pon boleh)
75 gm shortening
1/4 sudu kecil bread softener
1 sudu besar bread improver
500gm tepung high protein
1 paket yis  (11gm)


Masuk semua bahan dalam bekas penguli, uli doh selama 30 minit dengan mode perlahan.

Keluarkan, dah masukkan dalam dulang pembakar. Tunggu doh naik 2 kali ganda dalam masa 30 - 40minit.

Lepas 40 minit, tumbuk adunan untuk keluarkan udara. Masukkan dalam loyang pembakar dan tunggu doh mengembang kali kedua, antara 30-40 minit.

Panaskan oven pada suhu 170 degree, bakar selama 40 minit.

P/S: Nak tau cara cepat memasak roti buku, bun dan pizza.. jom sertai bengkel roti. Saya ada rahsia besar untuk dikongsi. Sila klik disini untuk jadual kelas akan datang.