Pages

Tuesday, October 2, 2012

Roti buku putih















Inilah roti pertama yang saya belajar, Roti buku putih

Bahan-bahannya:
220ml air
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar gula pasir
3 sudu besar susu tepung (susu anak pon boleh)
75 gm shortening
1/4 sudu kecil bread softener
1 sudu besar bread improver
500gm tepung high protein
1 paket yis  (11gm)


Masuk semua bahan dalam bekas penguli, uli doh selama 30 minit dengan mode perlahan.

Keluarkan, dah masukkan dalam dulang pembakar. Tunggu doh naik 2 kali ganda dalam masa 30 - 40minit.

Lepas 40 minit, tumbuk adunan untuk keluarkan udara. Masukkan dalam loyang pembakar dan tunggu doh mengembang kali kedua, antara 30-40 minit.

Panaskan oven pada suhu 170 degree, bakar selama 40 minit.

P/S: Nak tau cara cepat memasak roti buku, bun dan pizza.. jom sertai bengkel roti. Saya ada rahsia besar untuk dikongsi. Sila klik disini untuk jadual kelas akan datang.